Hari Ahad, TERPAKSA pergi Jalan TAR cus nak carik samping
Hubby,
klu ikutkan hati mmg MALAS nak ke sana,
dengan jam nya, lautan
manusianya, tp ku REDAH jua…
*padahal naik MOTO cukup…
Syifa kena
tinggal,hehehe…mama & papa nak DATING…
huhu DATING la sangattttt….
Disebabkan baju raya Syifa pon tak beli lg,
mama pon menyetujuinya untuk kesana
lah.
Nasib baik laa ade jumpa baju budak tomey ni, lau tak mmg penat jer.
Dah sampai rumah siap bawa cake yg ditempah,
tengok2 Syifa
dah tido…
Gerak jugak laa nak celebrate birthday dia…
da siap pesan. “Mama, Syifa
nak cake ANGRY BIRD,
Syifa nak mkn mata dia, mulut dia ngan ekor dia…
Hahaha
Birthday cake
Selamat Hari Lahir anak mama NURSYIFA BINTI AZHAR,
3thn
already…
Semoga menjadi anak yang
solehah, bijaksana lagi beriman…
Hanya yang terbaik
untuknya ku pohon dariMU tuhan semesta alam.
Ameen Ya Allah Taala… J
duk mamai2 bangkit tido tu pon tak SABAR jugak tue dahhh...
Malam tu tido rumah OPAH,
Syifa lak makin ligat la dia, CERAH MATA
*Sape sruh gerak anak da lena,
birthday night punya pasal…LAYAN…
Time tido, cam biasa la REPORT DAY dia.
“Mama, nape mama beli baju raya tak
bawa Syifa??? Mama LUPA ea!!!
*sedeynya lahai dengar…
Mama pon jawap la dengan
penuh BERHEMAH.
Lalalalalala… “mama bukan lupa laa, nnt bawa Syifa nak DUKUNG
jer,
sian papa, orang ramai laa kat sana nnt Syifa penat karang cam mana???
“tak
Syifa da besar, mana ada orang,
Syifa tak penat pon”… nyampuk siap dah
dia…
"Yela-Yela nanti kita pegi kluar sama-sama tau.”mama bodek.
********************************
Hari Isnin malam, semua
family aku keluar,
masing2 ada hal, tinggal Opah
sorang…
Aku & husband pon ajak Syifa balik rumah kami…
Opah buat drama plk
“huhu (T_T) Syifa tak yah la balik, Opah tinggal
sorang”.
Anak aku yang baru nak melangkah keluar
ni terus terhenti,
dalam DILEMA dia
nak ikut kami balik ker stay rumah Opah ker???
Dah 5minit camtu, aku decide balik dlu
lah dengan hubby,
*Syifa masih dalam DILEMA…
Jap gi Papa amik dia balik.
SAYANG betul dia
dengan Opah,
sanggup temankan Opah semata-mata drpd
ikut kami.
2ndly amik Syifa malam tu, mak aku bercerita pasai anak aku ni…
“Opah, Syifa balik
RUMAH Syifa boleh?,
ibu dah balik dah, boleh temankan
Opah”.
Alolololo…shuweettt nya
anak mama nie.
Kebetulan Ibu aka Cikya br balik
keje,
mak aku pon call la suruh amik budak
tomey nie NAK BALIK…
Kat RUMAH, da lewat malam
still tak tido lagi anak dara sorang ni,
BIRTHDAY GIRL punya pasal
papa layan ajer dia,
suruh pasang cd
Upin & Ipin lah,
terkekek-kekek GELAK anak beranak…
*mama da sedap tdo krohhh krohhh!!!
Haiii, Im 3 years old today...
P/S: Cer kira ada berapa perkataan nama Syifa???