Tajuk english cerita melayu...😅😅😅adoiii...
Mama dah planning nak hantar Syifa ke program mengaji dekat satu firma nie al-#&+@&₩$ (terpaksa dirahsiakan atas faktor menjaga status syarikat itu)...
bila dah servey tanya & tengok harga...
Allahurabbi...awat laa mahaiiii sangat...
mmg kurang kemampuan lah kami pon...(maybe atas faktor sewa premis & upah tukang mengajar tu kot yg jadi mahaiiiii) mama bersangka baik...huhuhu...
Tak jadilah hantar ke situ...huhuhu...
Tujuan mama nak hantar Syifa ke situ supaya pembelajaran dia lebih efectif, lebih detail, lebih mendalam agar dpt menguasai makraj, talaqqi tajwid, taranum dll tentang al-Quran.
Huhuhu...tau mama nie strict sangattt...even umur awak baru 6tahun...Mama risau, mama dan papa kerja, masa terlalu singkat untuk pantau anak-anak. Mama bukan tak boleh ajar, mama sedaya upaya luang masa untuk buat revision bersama...
Jadi jalan penyelesaiannya...
Di samping ustazah di rumah yang ajar mengaji, mama pon ambil kesempatan cuti sekolah ni untuk mengajar Syifa. Ustazah gunakan iqra, tapi mama ajar muqaddam...
Mama bawa Syifa ke tempat kerja. Mujur jugaklah mama ni masuk lambat pukul 11. So pagi tu terus start mengaji (selang selikan dengan xtvt) until lunch hour baru hantar balik rumah opah...
Alhamdulillah dia boleh bagi kerjasama dengan mama...huhuhu...
kalau tak, dia je yang nak menang dan betul...(geram mama hehhh)...
sehari boleh habis 4-5page...(banyak la utk budak-budak)... dan bila baca surah dia lebih pada menghafaz...telunjuk kat lain baca kat lain...(camni pon blh ye kakak)...
kena improve kenalkan huruf2 dan tajwid lg laaa....
Mama doakan supaya Syifa faham, cepat belajar, dan khatam Quran seawal usia...nanti boleh kita baca quran sama-sama dan Syifa boleh bacakan yaasin untuk mama dan papa...