Monday, September 24, 2012

Aktiviti Isnin Yang Cuti


~kengkawan~
syifa lentuk br bangun tido, selepas seharian mandi :-)


Cuti ~ Malaysia Days
Me, Hubby & Syifa 
bersama kengkawan pergi berkelah di Kemensah Waterfall
7 bijik keta konvoi...*ramaikan, best!!!


This is the path that we need to cross
 Adventure & challenging tak???hehehe

Lepas check-in chalet kat situ we all yg wife2 & anak2 pon 
terjun ke dlm kolam *warm-up dlu, ngeh..ngeh ngeh...

Hubby & the geng lak bz memanggang ikan & bakar satay
prepair for lunch nnt...


anak aien molok jadi model I jap
*bilik chalet sempena nama ikan, I pon baru tau ade ikan nama Pacu, erk!




Syifa & the gang


tempat ni owner siap buat pool untuk kanak2 & org dewasa,
nampak tak sebelah bawah tu sungai...
*so blh mandi sungai & mandi pool air sungai jugak (pilih-pilih)

yang ni plk pool orang dewasa, berhadapan dengan chalet
awesome right...

Ekceli "abah-abah" yang Xcited terlebey sudah, tgk gaya tue



very happening (^___^)


*********************************



Hari Ahad malam tue beraya bersama Samudra Crew

happening & awesome
macam-macam menu adaaaaaa....
like it...

"bini-bini perkasa" kata KAU...hehehe
pict mmg takkan clear klu kena asap satay :-P





Friday, September 21, 2012

KERANA SEHELAI BULU MATA


Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. 

Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. 

Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit
dan bumi,sungguh tidak benar. 

Saya tak pernah malakukan perkara itu..." 

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. 

Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan?

Disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu....." 

Tiba-tiba mata berbicara, "Saya yang memandang," 

Disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu" 

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium" 

Bibir pun mengaku dengan selambanya, "Saya yang merayu" 

Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap" 

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. 

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. 

Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam..

Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. 

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, 

"Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." 

Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. 

Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? 

Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata
penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

Masya-ALLAH...





# LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTUMINAZZOLIMIN




copy paste Ustaz Nasir 









Wednesday, September 12, 2012

Repair Kewww???


Ngeh ngeh heh wordless wednesday laa sangatttt today...
ingat tak entry aku pasal Geram + Sedih kottt hari tue...
Hmmm lupa la tu, nah la link dia, KLIK tau...


Ekceli ade continue entry plk kat sini...:-P
Huhuhu... puas aku SURVEY kedai 
untuk REPAIR balik screen lcd SG sII aku tue
Alhamdulillah, masih boleh dibaiki lagi
"Im HAPPY you"

U'all tengok cam xde pape je kan hp nie...
padahal



cer tengok lagi sekali
tuuu...
nampak ea keretakan pada screen tue,
sikit jer pon, tp da tak blh nak ON...



Tapi
.....
...
yang tak HAPPY nya
cost untuk REPAIR tu
alooo0000haaaaa
nak tau berapa RM???
 Harga dah macam.........

1) Tambah lagi sikt jer RM dpt hp BARU SG sII *bau kedai lagi :-P
2) Boleh beli hp NOKIA 1202 dapat 6bijik sekaligus
3) Boleh bayar duit KETA sebulan
4)...........................
5)................
etc...
bla bla bla...

RM 650.00 
inila harga rundingan yang paling maximum MURAH aku dapat
nak TAK nak
Kena jugak la hantar REPAIR

sayang wooo...MIA yang hadiahkan hp tu
utk beloved wife dia nie...hehehe
MIA dah pesan suruh pakai 
cover, housing, glove hp
tp aku yang DEGIL
"tak mau lah, susah lah, tebal lah"
Hahhh, tak kena kat aku
anak aku laa yang jatuhkan
PADAN MUKA aku...

Hmm Benda Dah Nak Jadik Nak Buat Cam Maner!!!!!!!!!!!


Syifa lepas-lepas pada kejadian,
"Tula mama Nape letak kat situ *dekat TV (tmpt Hp jatuh)
lain kali letak laa kat sini 
*smbil jari & mulut tunjuk kat side table bedroom (tempat mama selalu letak hp)
Pandai laa dia kata kita balik...
hahaha, anak dara sorang nila...


Yang penting bukan Syifa yang buat
Yang jatuhkan tu bukan Syifa
tapi OTOMEN*ultraman  katanya... :-D




P/S: 2,3 hari ni Syifa rindu papa dia.. to be continue......





wordless wednesday









tak boleh blaa statement..


.....
...
p/s: motif pict = terkono den :-P




Saturday, September 08, 2012

GERAM + sedih Kottt




Waaaa!!!!!! (!_!) nak citer ker tak Nak, nak citer ker tak Nak
Waaaa!!!!!!! (!_!) Nak Citer cam Maner laaa nie...
Waaaaaaaaaaaaa!!! (!_!)
OK
Sudah cukup-cukup sudah...


Huhuhu... malam tadi lepas balik keje, 
tengah menikmati makan malam sambil menyuap 
anak kesayangan intan payung berlian permata hamba tu
dan sambil dia melayan upin & ipin di handphone papa.
Tak puas kat handphone papa,
diam-diam dia amik handphone mama pulak...
Pranggggggggggggg!!! habis semua jatuh...
Waaaaaaaaaaaa (!_!)


Cam nila muka Mama*geram & sedih dgn Syifa*kena marah time tue...
*Ekceli sad face Syifa masa baby


Smartphone Samsung Galaxy sII
mama JATUH, screen crack...
automatik mama pon jadik cam halilintar laaa...
kena marah laa intan payung bertuah mama tue...
GERAM!!!
xcukup dengan hp papa, hp mama pon dia nak jugak...
dah laa tgh MAKAN, sibuk nak main phone...
kan dah kena,
sampai tertido-TIDO kena marah
*sian anak mama



Tido awal sangat, tengah malam terjaga
terus pi dining table
ingatkan carik apa, rupanya
"nasi syifa mana mama???"
dia tengok meja dah clear
mama pon sambung lagi laa,
"Hahhh, tu la sape suruh main hp, orang suruh makan sibuk nak main"
"syifa LAPAR mama" *duk ulang tu jelah.
Papa lah yang kuar beli bubur mcD kat dia...
*Habis semangkuk


Esok pagi, lepas hantar rumah Opah,
mama sajer cakap
"Hari nie mama tak kawan dengan Syifa"
Syifa : "alaaa, kawan laa mama"
*nak tergelak aku HAHAHA

Selalu lepas salam, baru selangkah nak pergi
ada jer pesanan dia.
1) Mama, nanti balik tau *lunch hour
2) Mama, nnt beli aiskrim tau
3) Mama, nnt beli vitagen tau
4) Mama, nanti bawa tulis-tulis tau
5) Mama nanti beli barbie tau
6) Mama, nanti beli Doktor-Dr tau
7) Mama, nanti beli/bawa ..... tau
etc......

hahhh amik kau!!!!!!!!
banyak tak permintaan dia
dalam sehari satu permintaan,
MESTI ADA!
PASTI ADA!
sampai JIRAN sebelah rumah mak aku pon TEGUR
"Banyak arrr PESAN dia"
Hahahaha...

Tapi buat kali pertamanya pagi tadi 
dia tak minta APA-APA pon
Hanya Bye MAMA
Bye-Bye MAMA
Bye-Bye MAMA
Bye-Bye MAMA
......

...
SEDIH pulak aku...

Lepas ni COMFIRM dia tak berani usik hp mama dah...
kalau hp murah mama RILEKS lagi,
*dulu sony ericson slide pon dia yg jatuhkan jgk, ROSAK
mama takde la meroyan camni skali.

Ni hp mahal, nak beli pon PIKIAQ puluh2 kali...
*tipulah tue, tak sampai puluh2 kottt...:-P
Harap boleh diBAIKI lah...alahaiii



hmm, anak dara sorang ni manja sangat, 
xpenah kena marah, 
duk berkepit dengan papa dia je lah malam tue, 
.....
diam-diam 
makin dekat 
makin rapat kat mama she say "Sorry la mama" 
sambil buat mulut muncung...
hehehe :-D




Wednesday, September 05, 2012

Monday, September 03, 2012

Review Ramadhan & syawal 2012


Sepanjang Ramadhan sahur memang aku masak, 
sebab MIA (my incik Azhar) 
***alohh-alohhh…hehe gatai nak ade shortform gak… :-P 
memang carik NASI… 
kalau bulan lain boleh dikira berapa kali jer dapur tu ketang-ketung…
banyak makan kat luar jer, xpon rumah mak aku..hehehe… 
kesian pulak kat dia kalau tak makan NASI sahur…huhuhu… 
nak jadi isteri MITHALI katakan… J


Bila dah hari-hari masak
sampai ada satu tahap aku tak tau nak masak apa lagi dah??? 
Baru la aku tau susah jugak jadi suri rumah tangga full time nie, 
DILEMA jadinya nak menghadap masakan apa la hari nie… 
tp tu la cita-cita aku selepas nie, pekerjaan yang paling mulia tu weyyy, 
duk rumah jaga anak, makan, pakai, harta SUAMI
owhhh HEAVEN u’all !!!  J
pastu dah petang “SAYANG, abang da balik”… 
BEST2 berjuta-juta kali  u’all  J


*******************************

Aku & Hubby + syifa balik kampong jumaat malam, 
so ada satu hari lagi nak berpuasa di kampong. 
Malam raya mak mertua aku la paling sibuk di dapur, 
nak masak rendang, buat ketupat anyam, nasi impit kuah kacang. 
Aku & SIL just tolong-tolong apa yang patut jewww. 
Side MIA memang ramai adik beradik pompuan, 
so xyah risau sangat la pasal makan,  tukang masak memang ramai, 
kejap jijah jadi chef la, kejap kak eda la, kejap yun la,kejap AKU la...
***jangan tak caya MASTERCHEF masuk dapur nie…hahaha…
Yang lelaki pon ade of cos la MIA & suami jijah tapi pepun 
MAK punya masakan jugak yang TERBAIK… 

1 syawal 1433
wif adam haziq



Ni citer RAYA SYIFA pulak… 
Syifa kalau pegi rumah orang cantik2-lawa2 CUN jer perangainya… 
Boleh berlari ke sana ke mari, bila kena yang rumah dia kurang berkenan, 
belum sempat masuk dia dah ajak BALIK… 
ada jugak rumah yg kami beraya dia siap jalan berjengket-jengket kaki lagi, 
TAK NAK pijak… 
aku tak tau laa ikot perangai sapa la budak nie… 
nak beraya rumah orang pon MEMILIH… 
ADOY laa…

Bukan setakat rumah jer, orang pon memilih jgk, 
lau akak2 cantik makcik2 vogue baru nak SALAM,
kalau tak jangan harap dia nak hulur tgn, 
kalau orang suruh jugak dia boleh kata “TAK PAYAH”…
***minta maaf banyak-banyak la makcik-pokcik yg terkena tue yee... 
orang nak bagi duit raya lagi laa, 
“Dah ADE kat RUMAH dah” katanya…huhuhu… 


Tahun ni syifa dah 3 tahun, CHILDREN dah bukan INFANT lagi, 
so accountant aka MIA kata SAHAM adik dah kurang la…HUHUHU… 
sebab dia dah besar, so orang bagi duit sama jer cam bebudak lain, 
klu dulu baby lagi, dia jer dapat amount special DUIT RAYA
orang dapat rm2 dia rm10… 
tahun ni papa kata “XDA dah ANGPAU BESAR”… 
mama nyampuk 
“tula kena bagi Syifa adik, baru ada ANGPAU BESAR” ngeh ngeh ngeh…

Balik dari kampung singgah carefour wangsamaju,
excited Syifa nak bergambar dgn upin & ipin...


2hbsept12 attend Open house Yuyun







Saturday, September 01, 2012

Selamat Hari Raya 2012/1433H


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin u’all …
Hehe, baru nak updated SORRY to followers yg syik jenguk2 blog nie
tp tak tukar-tukar citer jugak lg…
termasuk la silent reader & stalker tue… bz kottt

1 syawal 1433

2nd syawal, ladies only...

peace (^___^) selamat hari raya


Cam biasa tahun ni aku raya bersama Azhar  family…
Yang paling excited of cos la budak tomey tu…
Bagi aku biasa-biasa jer, MERIAH la gitu…
raya kat kampong hubby aku mmg banyak berjalan raya, 
***penat tapi seronok, collect duit raya anak...haha
klu dulu bawa baju raya sehelai dua jer mmg TAK CUKUP,
so dah tau, raya tahun nie aku bawa sampai 5 HELAI…hahhh amik kau…

woottt...woottt!!! nak bagitau nie, aku beli baju ni last minit,
 test asal muat jer=BEDAL... 
malam raya nak iron baju tu, baru aku perasan baju ni xde pesak 
cam baju kurung biasa tue, 
rupa-rupanya yg aku bedal tu  BAJU KURUNG PAHANG***kak ipar aku kate...
***patut la aku mencari line nak iron xjumpa2...

Pengajaran jugak buat aku, len kali perhati betul baju yg nak dibeli, 
jangan main sebat jer... tp kali nie OK lah, 
baju pon mmg muat aku dan kebetulan aku pon 
TAK PERNAH ade BAJU KURUNG PAHANG...
Ok lah 1st trial...hehhhh

inilah satu-satunya pict anak dara kesayangan aku yg nak tengok camera
dengan senyuman manis & pose yg menawan...
***kalau tak jangan diharap dia nak POSE cam gitu...
# yg baju color purple tu anak buah aku...


Family pict xdak, yg ada ni pon, amik yang mana dan jer…
ntah kami duk KALUT ngan apa pon xtau lah…
Anyway everybody was happening…
bermaaf-maafan di pagi raya… ikut turn yg tua hingga yg paling kecik skali…
I like so much…

2nd syawal, aku pakai maxi jubah...
3rd syawal pon aku pakai jubah, black color...
senang kan sekali sarung jew...
***nape tak amik gambaq, ntah...haishhh...
Kalau tahun dpn xleh la kottt nak Jubah2, 
mn tau ade anak kechik nnt...ngeh heh heh (^___^)


Family hubby aku memang BESAR 10 orang adik beradik…
Dia ank ke-5 (yang tengah skali U’all)
Of cos la MERIAH kan,
Cuma yang no1 jer xda, study kat oversea…
Klu semua balik, lg bertambah-tambah lah MERIAH nya…kan!!!

my SIL yang gorgeous
*** aku kalau selit kat situ, mau paling cinonet jer karang, al-maklumlah paling comel & meletusss... :-P



motig gambar = pasangan bahagiaaaaa
Bahagia sangattttttttttttt...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...