Showing posts with label via fb. Show all posts
Showing posts with label via fb. Show all posts

Saturday, June 29, 2013

kenapa aku diuji???

#KENAPA AKU DIUJI ?

ALLAH MENJAWAB : "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang dusta (keimanannya)." (Qs. Al-Ankabut : 2-3)

#KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ?

ALLAH MENJAWAB : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Qs. Al-Baqarah : 216)

#KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

ALLAH MENJAWAB : "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Qs. Al-Baqarah : 286
)

#KENAPA FRUSTASI ?

ALLAH MENJAWAB : "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang2 yg beriman." (Qs. Al-Imran : 139)

#BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ?
ALLAH MENJAWAB : "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
Tiada daya dan kekuatan kecuali atas pertolongan Allah semata." (Qs. Al-Baqarah : 45)

#APA YANG AKU DAPAT ?

ALLAH MENJAWAB : "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan surga utk mereka." (Qs. At-Taubah : 111)

#KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

ALLAH MENJAWAB : "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal." (Qs. At-Taubah : 129)

#AKU TAK SANGGUP !!

ALLAH MENJAWAB : "Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Qs. Yusuf : 12)










Friday, September 21, 2012

KERANA SEHELAI BULU MATA


Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. 

Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. 

Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit
dan bumi,sungguh tidak benar. 

Saya tak pernah malakukan perkara itu..." 

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. 

Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan?

Disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu....." 

Tiba-tiba mata berbicara, "Saya yang memandang," 

Disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu" 

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium" 

Bibir pun mengaku dengan selambanya, "Saya yang merayu" 

Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap" 

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. 

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. 

Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam..

Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. 

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, 

"Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." 

Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. 

Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? 

Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata
penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

Masya-ALLAH...





# LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTUMINAZZOLIMIN




copy paste Ustaz Nasir 









Wednesday, September 12, 2012

Thursday, August 09, 2012

Besarnya Nikmat Sebagai Seorang Ibu



• Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,
maka beristighfarlah para malaikat untuknya. 
ALLAH SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan 
dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

• Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, 
maka ALLAH SWT mencatatkan baginya 
pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH.

• Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, 
keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

• Apabila telah lahir anak lalu disusui, 
maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya 
diberi satu kebajikan.

• Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, 
maka ALLAH SWT memberinya pahala seperti 
memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama 
ALLAH SWT.






# Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosaku...Ameen.











Tuesday, November 01, 2011

Tips Masuk Rumah Baru


Tips Masuk Rumah Baru :


Assalamualaikum..

Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah
 memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.

Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

Friday, October 28, 2011

Doa Isteri

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Ameen, Ya Rabbi Allameen……

Wednesday, August 24, 2011

♥ suami soleh ♥

Suami yang soleh.......
♥Sangat bertanggungjawab pada keluarganya
♥Keluarga dibawa mencintai dan takutkan Tuhannya
♥Keluarga dididik beribadah dan berakhlak yang mulia
♥Syariat Tuhannya adalah disiplin di dalam rumahtangga
♥Tanggungjawab dunia juga tidak dicuaikannya
♥Makan minum pakaian tempat tinggal diuruskannya
♥Tunjuk ajar nasihat dan pimpinan adalah kewajipannya yang paling utama
♥Kasih sayang, timbang rasa (kepada anak-anak dan isteri-isterinya) menjadi budaya
♥Karenah anak-anak dan isteri dia sabar menanggungnya
♥Kesalahan anak-anak dan isteri-isteri sentiasa dimaafkannya
♥Rukun damai, hidup harmoni sentiasa diusahakannya
♥Rasa bersama bekerjasama, Tuhan diutama, keluarga bahagia didunia & diakhirat sana :)



·  
·         ku dambakan keindahan berumahtangga, yakni keindahan apabila Islam itu diterapkan di dalam setiap helaan nafas kehidupan suami isteri ♥ ya Allah, permudahkanlah, permudahkanlah, permudahkanlah...amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...