Monday, September 03, 2012

Review Ramadhan & syawal 2012


Sepanjang Ramadhan sahur memang aku masak, 
sebab MIA (my incik Azhar) 
***alohh-alohhh…hehe gatai nak ade shortform gak… :-P 
memang carik NASI… 
kalau bulan lain boleh dikira berapa kali jer dapur tu ketang-ketung…
banyak makan kat luar jer, xpon rumah mak aku..hehehe… 
kesian pulak kat dia kalau tak makan NASI sahur…huhuhu… 
nak jadi isteri MITHALI katakan… J


Bila dah hari-hari masak
sampai ada satu tahap aku tak tau nak masak apa lagi dah??? 
Baru la aku tau susah jugak jadi suri rumah tangga full time nie, 
DILEMA jadinya nak menghadap masakan apa la hari nie… 
tp tu la cita-cita aku selepas nie, pekerjaan yang paling mulia tu weyyy, 
duk rumah jaga anak, makan, pakai, harta SUAMI
owhhh HEAVEN u’all !!!  J
pastu dah petang “SAYANG, abang da balik”… 
BEST2 berjuta-juta kali  u’all  J


*******************************

Aku & Hubby + syifa balik kampong jumaat malam, 
so ada satu hari lagi nak berpuasa di kampong. 
Malam raya mak mertua aku la paling sibuk di dapur, 
nak masak rendang, buat ketupat anyam, nasi impit kuah kacang. 
Aku & SIL just tolong-tolong apa yang patut jewww. 
Side MIA memang ramai adik beradik pompuan, 
so xyah risau sangat la pasal makan,  tukang masak memang ramai, 
kejap jijah jadi chef la, kejap kak eda la, kejap yun la,kejap AKU la...
***jangan tak caya MASTERCHEF masuk dapur nie…hahaha…
Yang lelaki pon ade of cos la MIA & suami jijah tapi pepun 
MAK punya masakan jugak yang TERBAIK… 

1 syawal 1433
wif adam haziq



Ni citer RAYA SYIFA pulak… 
Syifa kalau pegi rumah orang cantik2-lawa2 CUN jer perangainya… 
Boleh berlari ke sana ke mari, bila kena yang rumah dia kurang berkenan, 
belum sempat masuk dia dah ajak BALIK… 
ada jugak rumah yg kami beraya dia siap jalan berjengket-jengket kaki lagi, 
TAK NAK pijak… 
aku tak tau laa ikot perangai sapa la budak nie… 
nak beraya rumah orang pon MEMILIH… 
ADOY laa…

Bukan setakat rumah jer, orang pon memilih jgk, 
lau akak2 cantik makcik2 vogue baru nak SALAM,
kalau tak jangan harap dia nak hulur tgn, 
kalau orang suruh jugak dia boleh kata “TAK PAYAH”…
***minta maaf banyak-banyak la makcik-pokcik yg terkena tue yee... 
orang nak bagi duit raya lagi laa, 
“Dah ADE kat RUMAH dah” katanya…huhuhu… 


Tahun ni syifa dah 3 tahun, CHILDREN dah bukan INFANT lagi, 
so accountant aka MIA kata SAHAM adik dah kurang la…HUHUHU… 
sebab dia dah besar, so orang bagi duit sama jer cam bebudak lain, 
klu dulu baby lagi, dia jer dapat amount special DUIT RAYA
orang dapat rm2 dia rm10… 
tahun ni papa kata “XDA dah ANGPAU BESAR”… 
mama nyampuk 
“tula kena bagi Syifa adik, baru ada ANGPAU BESAR” ngeh ngeh ngeh…

Balik dari kampung singgah carefour wangsamaju,
excited Syifa nak bergambar dgn upin & ipin...


2hbsept12 attend Open house Yuyun







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...